Sempena hari ibu 10 Mei 2009... daddy tintakan coretan ini untuk puteri daddy....betapa sukarnya ibumu melahirkan mu sayang.... 19.03.09 petang selepas balik kerja... muka mummymu pucat mungkin keletihan asyik keluar masuk bilik air cirit birit dan Dr Faizal bagi MC 2 hari, ibu sabariah n papa musli menjemput kami berdua untuk makan di rumah mereka. dari rumah dalam 6.00 petang kami bertolak dari rumah ambil abg naqib dahulu terus ke desa ilmu....jam 7 mummy dah pecah air ketuban.... pak ngah mu tak abis2 suruh segera ke hospital. menelefon dari Johor...panggilan demi panggilan, sms demi sms.... Mak wan dan tok abah lagi 2 hari baru bertolak dari JB ke Kuching mereka menginap di rumah auntie Vega dahulu. Kami berdua cool jer, solat maghrib dulu, makan mee goreng dulu... barulah bertolak ke Kuching Specialist Hospital, tabuan berjumpa Dr Wendy kemudian admit di ward, mummy tak merasakan kesakitan dan bukaan sampai ke esokan paginyer dalam 2cm sahaja, Dr induce dan bermulalah kesa...
Comments