Sempena hari ibu 10 Mei 2009... daddy tintakan coretan ini untuk puteri daddy....betapa sukarnya ibumu melahirkan mu sayang.... 19.03.09 petang selepas balik kerja... muka mummymu pucat mungkin keletihan asyik keluar masuk bilik air cirit birit dan Dr Faizal bagi MC 2 hari, ibu sabariah n papa musli menjemput kami berdua untuk makan di rumah mereka. dari rumah dalam 6.00 petang kami bertolak dari rumah ambil abg naqib dahulu terus ke desa ilmu....jam 7 mummy dah pecah air ketuban.... pak ngah mu tak abis2 suruh segera ke hospital. menelefon dari Johor...panggilan demi panggilan, sms demi sms.... Mak wan dan tok abah lagi 2 hari baru bertolak dari JB ke Kuching mereka menginap di rumah auntie Vega dahulu.
Kami berdua cool jer, solat maghrib dulu, makan mee goreng dulu... barulah bertolak ke Kuching Specialist Hospital, tabuan berjumpa Dr Wendy kemudian admit di ward, mummy tak merasakan kesakitan dan bukaan sampai ke esokan paginyer dalam 2cm sahaja, Dr induce dan bermulalah kesakitan mummy mu untuk melahirkan mu, jam demi jam dan detik demi detik berlalu.... tak sampai hati melihat kesakitan mummy mu di bilik bersalin dari jam 1.30 sehingga jam 8.30malam di bilik bersalin... kami menjangkakan kelahiran mu menjelang tengahhari... tak sangka sampai ke malam... daddy solat zuhur, asar, maghrib di dalam bilik bersalin sahaja.
Dr wendy mahu kau di lahirkan secara normal, akhirnya beliau menyerah kalah... akhirnya mummy perlu di bedah untuk melahirkan mu.Kami pasrah... berserah dan bertawakkal kepada Allah ketika saat itu ibu sabariah, papa musli, mama long noorma and papa long sazli ada di sisi menemani kami. Malam pertama admit di ward mama T dan Tok Wan Azib, Mama Z n Uncle Ismail, Mama Long n Papa Long fadli, ibu dan daddy naqib turut menemani. Tok Wan Azib tak abis2 membacakan Yasin semoga kau dipermudahkan dan selamat dilahirkan. Begitulah sayangnya mereka semua kepada kita.
Akhirnya mummy mu dibius untuk di bedah, daddy turut berkejar menolak katil mummy mu kebilik bedah, diminta menyalin pakaian ke bilik bedah. Pembedahan dijalankan.... dan belum sempat puteri ku dikeluarkan dari rahim ibu mu...kami dah mendengar tangisan mu ketika itu, kepala mu baru sahaja di tarik keluar...tangan mu ketika itu apabila dikeluarkan dari perut mummy mu, kau terus memegang dan menarik wayar saluran penyedut darah berebut dengan Dr Wendy begitulah aktifnya puteriku ini. Daddy menjadi saksi segalanya. Setelah itu daddy iqamatkan mu puteriku dengan membacakan surah an nas dan al falaq setelah diserahkan oleh jururawat yang menyambut kelahiran mu Veronica namanya. Terima kasih Dr Wendy dan semua kakitangan yang telah memberikan khidmat terbaik kepada kami.
Allah sahaja memelihara mu sayang, memelihara keselamatan mummy mu serta kita sekeluarga dijauhkan dari sekalian bala. Amin. Saat menanti kelahiran mu daddy tidak tahu apa perasaannya dalam keadaan itu....segalanya ada gembira, takut, panik segalanya berserah kepada Allah dah lah Mak Wan n Tok abah mu tiada di sisi. Allah sahaja yang tahu apa yang bersarang di benak kami berdua ketika itu, hanya genggaman tangan antara daddy dan mummy yang tahu makna kasih sayang kami, cinta dan rindu kami, getar rasa antara kami semuanya di bawah rahmat Allah. akhirnya kami lalui bersama, biarlah sampai hingga ke akhir hayat kita sayang.
Akhirnya 8.46pm 20.03.09 kau dilahirkan dimuka bumi ini, daddy dah buat pilihan nama untuk mu, daddy yakin kau akan dilahirkan sebagai puteri sayangku. Alexandra Imtiaz Athiyatullah binti Valentino. iaitu membawa makna " Pelindungku yang cemerlang hadiah dari Allah". Semoga kau cemerlang dunia & akhirat. amin.
Lahir mu di dunia ini Alexandra, Doktor masih tidak membenarkan mu keluar dari Hospital lagi kerana perlu di beri antibiotik iaitu sekurang2nya 3 hingga 5 hari... hari yang ketiga kami dimaklumkan anakku Alexandra menghidapi penyakit kuning, dengan bacaan 20. kami telah kembali ke rumah, mummy mu tidak boleh tidur dan air mata menjadi peneman kerana rindukan mu , begitu jua di hospital...tak sampai hati melihat jarum menembusi kaki dan tangan mu yang kecil. Wang ringgit dah tiada makna bagi kami, macam air... yang penting kau selamat dan sihat. Tangis mu pengubat duka kami selama 3 tahun menanti.... senyum mu bahagia untuk kami...pengikat kasih sayang kami... ramai rakan-rakan daddy dan mummy datang melawat. Semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mu Alexandra.
Comments